Posts

Showing posts from August 22, 2008

Tuhan dalam Konsep Wahdatul Wujud

Tuhan dalam Konsep Wahdatul Wujud Oleh Syaifulloh Yazid & Kang Kolis Secara etimologi istilah wahdat al-wujud merupakan penggabungan dari dua suku kata bahasa Arab, wahdah (وحدة ) dan al-wujud ( الوجود ). Bentuk penggabungan kedua-dua kata tersebut dalam ilmu nahu disebut idafi atau mempunyai kedudukan sebagai sebagai mudaf (wahdah) dan mudaf ilaih (al-wujud). Sedangkan kalau dilihat dari segi ilmu saraf, kata wahdah merupakan bentuk masdar daripada kata kerja wahada ( وحد ) yang bererti sendiri atau bersendirian. Sedangkan kata al-wujud merupakan bentuk masdar daripada kata kerja wajada ( وجد ) yang bererti menemukan. Jadi secara etimologi kata wahdah bererti keesaan atau kesatuan lawan daripada kata banyak ( الكثرة ) atau terbilang ( التعدد ) dan kata al-wujud bererti temuan atau wujud lawan daripada kata cadam ( عدم ). Penggabungan daripada kedua-dua kata tersebut sering diertikan sebagai kesatuan wujud atau kesatuan realiti. Sedangkan pengertian kata wahdat al-wujud secara t...

Nur Muhammad dan Tradisi Tasawuf

dipindah ke arsip

Tasawuf dan Budaya Lokal

Peradaban Arab dikenal sebagai peradaban syair dan sastra. Semenjak Arab pra-Islam sampai pasca-Islam, syair dan sastra tetap berlanjut dan dipertahankan. Bahkan lebih jauh, syair yang dihasilkan oleh para penyair Arab telah mempengaruhi para sufi. Syair-syair yang mengekspresikan hub al-‘udri (cinta murni) antar manusia (cinta lawan jenis), digubah oleh para sufi menjadi cinta kepada Tuhan; perubahan objek cinta lawan jentina ditukar menjadi cinta Tuhan. Dalam kisah sastra Arab, Qais adalah seorang yang mabuk cinta kepada seorang perempuan Layla, mulutnya telah menyenandungkan ribuan syair cinta. Dalam pengalam cintanya, dia seakan adalah Layla sendiri. Dia majnun (gila) dalam cinta, sehingga di alam imajinasinya, Layla, perempuan yang dicintai selalu menjelma, tidak ada yang lain selain Layla, segala sesuatu yang nampak adalah Layla. Ia berkata “Aku adalah Layla” (Ana Layla), sebuah ungkapan klimaks yang keluar dari perasaannya yang paling dalam menerusi cintanya kepada Layla. Pe...

Tasawuf dan Idea Spiritual Lain

Dalam tradisi tasawuf, perjumpaan idea dengan pemikiran spiritual lain, budaya dan agama lokal telah berlaku secara arif dalam wujud dialog produktif, khasnya mengikut konsep tasawuf wahdat al-wujud Ibnu Arabi dan atau model wahdat al-adyan al-Hallaj. Hal ini sekaligus membezakannya daripada ilmu kalam dan fiqah yang tidak empati dan cenderung menonjolkan dialog radikal ketika berhadapan dengan idea dan keyakinan di luar Islam. Para teosuf dalam menghayati dan memikirkan ajaran yang dianut, tidak serta-merta menentang habis-habisan idea spiritual lain, justru mereka mengadopsinya dalam upaya mensistematiskan dan mengisi nilai-nilai spiritual yang ada pada lokus Islam. Barangkali telah merupakan rahsia umum bahawa referensi yang dipakai kaum teosuf bukan hanya berasal daripada tradisi Islam (al-Qur`an dan hadith) an sich. Tidak syak lagi boleh dikatakan bahawa para teosof, dalam menghadapi idea spiritualiti lain sentiasa mengutamakan sikap adaptif, dialogis, apresiatif dan bahkan bole...