Posts

Showing posts from June 19, 2010

Arsyad al-Banjari vs Datu Ambulung

Selama ini ada tersebar informasi di masyarakat yang menyatakan Muhammad Arsyad mengambil peran dalam keputusan hukuman mati ke atas Syeikh Abdul Hamid Abulung. Antaranya boleh dilihat dalam pendapat Tim peneliti IAIN ketika menerbitkan laporan hasil seminar "Pemikiran-pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari", Zafri Zamzam dalam bukunya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Ulama Juru Dakwah, juga Abu Daudi dalam bukunya Maulana Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari Tuan Haji Besar, menyatakan Arsyad telah memfatwakan hukuman mati ke atas Abdul Hamid. Bahkan Asywadie Syukur malah yakin Arsyad benar-benar telah menfatwakannya. Katanya, fatwa tersebut, masih ada dan terpelihara dalam kitab Tuhfat al-Rāghibīn, salah satu dari sekian banyak karya Arsyad. Dalam ungkapan lebih eksplisit, Asywadie menyatakan latar belakang penulisan kitab tersebut didorong dan atas permintaan sultan Tahmidullah II bin Tamjidullah untuk menghukum mati Abulung yang telah membimbangkan, meresahkan, dan men...

Syeikh Abdul Hamid Abulung (w. + 1780 m.)

Dalam sejarah pemikiran keagamaan di Kalimantan Selatan, pada abad ke-18 sekurang-kurangnya ada terdapat tiga tokoh ulama yang terkenal, iaitu Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjāriy, Syeikh Abdul Hamid Abulung, dan Syeikh Muhammad Nafīs al-Banjāriy. Dua orang yang pertama, makamnya terdapat di daerah Martapura, sementara yang terakhir terdapat di daerah Hulu Sungai Utara, Amuntai. Syeikh Abdul Hamid Abulung, atau Datu Abulung, kurang terkenal jika diperbandingkan dengan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjāriy (1707-1812 M) atau Datu Kalampayan. Ini disebabkan, selain kerana tidak memiliki karya tulis, Abdul Hamid juga boleh dikata senasib dengan Syeikh Siti Jenar di Jawa yang meninggal kerana dibunuh para wali atas tuduhan mengajarkan tasawuf yang salah. Kedua-dua tokoh ini mengajarkan satu cabang falsafah metafisika dalam tasawuf yang dikenal dengan tawhīd al-wujūd. Walau bagaimanapun, nasib Syeikh Abdul Hamid agaknya lebih beruntung daripada Siti Jenar, sebab ia hampir tidak memiliki citra y...

Jumbuhing Kawula Gusti

Syaifulloh Yazid, seorang pemerhati dan ahli sufi belia menuliskan: Secara etimologi, istilah jumbuhing atau manunggaling kawula Gusti merupakan perpaduan daripada beberapa suku kata. Iaitu pertama, jumbuhing atau manunggaling secara bahasa bererti menjadi satu; luluh (bercampur, berpadu) sehingga tidak terpisahkan. Kedua, kawula yang bererti hamba sahaya, abdi, pengikut, atau orang-orang yang di bawah perintah suatu negara. Ketiga, Gusti yang bererti sebutan untuk Tuhan (atau yang dianggap tuhan). Sebenarnya pada mulanya, secara umumnya istilah ”Gusti” tidak hanya digunakan untuk menyebut Tuhan sahaja namun juga digunakan untuk menyebut sesuatu yang dianggap mulia dan mempunyai darjat yang tinggi semisal raja. Oleh itu pada zaman dahulu seorang raja juga sering dipanggil gusti atau biasanya dipanggil dengan istilah gusti kanjeng. Hal ini sampai sekarangpun masih berlaku, khususnya di kalangan kerajaan atau kraton. Semisal julukan ”Kanjeng Gusti Pangeran Haryo (K.G.P.H.) yang disemat...

Raden Ngabehi Ronggowarsito

Oleh Syaifulloh Yazid & Kang Kolis Sebagai seorang sasterawan kenamaan, Ranggawarsita dalam menuliskan ideanya, di samping ditulis dalam bentuk sekar macapat (puisi), beliau juga banyak menyusun karya-karya yang berbentuk jarwa (prosa), seperti Paramayoga, Pustaka Raja, dan sebagainya. Karya-karyanya itu semua dalam bentuk aksara carik (tulisan tangan). Sebagai seorang pujangga istana maka kebanyakan karyanya dipersembahkan kepada raja. Riwayat Hidup Nama asal Raden Ranggawarsita adalah Bagus Burham. Beliau dilahirkan pada hari Isnin, tarikh 15 Maret tahun 1802 M di Kampung Yasadipuran Surakarta, iaitu pada masa pemerintahan Paku Buwana IV, raja kerajaan Surakarta. Leluhur beliau merupakan para bangsawan dan pujangga terkenal. Dari nasab pihak ayah, beliau mewarisi darah kebangsawanan sekaligus kepujanggaan, iaitu Bagus Burham (Ranggawarsita III) bin Sudiradimeja (Ranggawarsita II) bin Yasadipura II (Ranggawarsita I) bin Tumenggung Padmanagara (Bupati Pekalongan) bin Pangeran Adi...

Raden Mas Ngabehi Ronggowarsito

Riwayat Hidup Nama asal Raden Ranggawarsita adalah Bagus Burham. [1] Beliau dilahirkan pada hari Isnin, tarikh 15 Maret tahun 1802 M di Kampung Yasadipuran Surakarta, [2] iaitu pada masa pemerintahan Paku Buwana IV, raja kerajaan Surakarta. Leluhur beliau merupakan para bangsawan dan pujangga terkenal. Dari nasab pihak ayah, beliau mewarisi darah kebangsawanan sekaligus kepujanggaan, iaitu Bagus Burham (Ranggawarsita III) bin Sudiradimeja (Ranggawarsita II) bin Yasadipura II (Ranggawarsita I) bin Tumenggung Padmanagara (Bupati Pekalongan) bin Pangeran Adipati Danupa bin Pangerang Serang bin Pangeran Wiramenggala III bin Pangeran Wiramenggala II bin Panembahan Raden (Adipati Pajang) bin Pangeran Benawa bin Adiwijaya (raja Pajang) bin Kebo Kenongo bin Andayaningrat + puteri Majapahit binti Brawijaya (raja Majapahit). href="file:///D:/TESIS/yazid%20tentang%20konsep%20ketuhanan/BAB%20V.doc#_ftn3" name="_ftnref3" title=""> [3] Sedangkan ibunya, Nyai ...