SEJARAH TASAWUF
Tasawuf atau Islamic esotericism baik sebagai praktik mahupun doktrin, telah melewati sejarah panjang. Praktik hidup sufi sendiri atau lebih dikenal dengan hidup zuhud (asketisme) sudah dijumpai pada zaman Nabi Saw. Bahkan Nabi Saw sendiri seperti yang dikatakan oleh para sejarawan ialah sufi. Namun, berbeza dengan kebanyakan kaum sufi, pengalaman spiritual Nabi tidak diarahkan untuk kebahagiaan sendiri. Hal ini sebagaimana dikatakan Fazlur Rahman, sejalan dengan orientasi kesadaran kenabian di mana pengalaman spiritual tidak untuk dijadikan tujuan akhir atau dinikmati demi pengalaman itu sendiri, tetapi terutama untuk memberi arti tindakan dalam sejarah. Pada mulanya Islam menanamkan kepada pengikut-pengikutnya yang awal, dalam tingkatan yang berbeza-beza, perasaan yang mendalam pada pertanggungjawapan di hadapan Tuhan. Oleh kerana itulah, kunci kesalehan pada abad ini--abad ke-1 H--adalah takut kepada Tuhan. Meskipun demikian, praktik hidup asketis yang dijalankan oleh Nabi ters...