Posts

Showing posts from November 11, 2009

Yang Tunggal di Sebalik Kepelbagaian

Judul kita kali ini mencoba untuk menangkap hakikat yang Tunggal atau Esa di sebalik segala yang zahir dalam kepelbagaian, menemukan hakikat Tuhan di sebalik keragaman kehidupan ini. Dalam bahasa sufi dikenal dengan istilah " Syuhud al-Wahdah fi al-Kathrah ", yaitu menyadari ke-Maha Esa-an Tuhan ketika menyaksikan kemajemukan makhluk ciptaan-Nya. Kepelbagaian alam raya ini membuktikan wujud dan keesaan Tuhan. Tidak sedikit di antara kita yang pikirannya tidak mampu memahami betapa luasnya alam raya dengan pelbagai venomena yang menghiasinya, keindahan, keserasian, dan keharmonisannya, tanpa kehadiran Tuhan di sebalik kepelbagaian ini. Tuhan menunjukkan kerajaan dan kekuasaan-Nya kepada kita dengan membentangkan dalil-dalil kewujudan-Nya berupa kepelbagaian alam ciptaan-Nya. Segala sesuatu yang diciptakan-Nya, walau yang bisu sekalipun, adalah hujjah bernas yang berbicara tentang wujud-Nya. Mata tidak melihatnya, tetapi Dia berada di sebalik pelbagai ciptaan-Nya. Tuhan adalah ...