Posts

Showing posts from December 11, 2010

Ibnu Arabi: Ibn Aflâthûn

Sangat wajar jika Ibnu Arabi telah dijuluki sebagai Ibn Aflâthûn (Anak Plato) atau Platonis, disamping tersohor juga dengan gelar Muhyi al-Din (penghidup agama) dan al-Syeikh al-Akbar (doctor maximus). Filosuf Yunani yang terkenal di dalam tradisi falsafah Islam adalah Aristoteles, bukan Plato, akan tetapi sejatinya orang Islam-Arab pertama kali mempelajari falsafah Aristoteles dari komentar para filsof yang beraliran Neo-Platonisme terhadap karya Aristoteles, di mana falsafah ini bernuansa aliran Aflutin, Forforius dan Abrikles. Buku Ontologi Aristoteles yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab pada sekitar 840 M., tidak lain adalah sebuah ringkasan bagi aliran Neo-Platonisme (al-Aflatun al-Hadatsah). Ini ertinya bahawa pemikiran Neo-Platonisme telah menyebar secara luas ke kalangan umat Islam. Meski dianggap sebagai pemikiran Aristoteles. Neo-Platonisme adalah salah satu aliran pemikiran yang telah banyak memberikan inspirasi para filosuf Islam dan kaum sufi. Konsep wihdat al-w...