Posts

Showing posts from September 1, 2009

Menyadari Sir Allah dalam Diri

Menyedari akan sir atau rahsia Tuhan ada di dalam diri adalah peringkat kemuncak dalam mushāhadah Nur Muhammad. Kesedaran ini disebut juga dengan kesedaran hakikat, iaitu terbukanya pintu makrifatullah. Apabila seorang hamba telah dibukakan pintu makrifatnya maka ia akan mendapatkan ketenangan berupa kenikmatan sinaran rohani yang berlimpah-limpah. Cahaya cinta dan kasih sayang yang membuatkan seorang hamba semakin dekat kepada sumbernya, bahkan masuk dan bermandikan cahaya itu. Cahaya Allah akan memenuhi seluruh lapisan dalam rongga dada, selama manusia berkehendak, mencari dan menemukan-Nya. Kendala yang menghalangi seorang mukmin mendekati Tuhannya adalah dosa dan maksiat, kerana boleh menggelapkan hati senubari. Kebersihan rohani dan kesucian kalbu adalah sesuatu yang paling berharga agar sinar Allah (nûr Allāh) bertahta terus-menerus dalam hati dan jiwa. Antara cara yang ditunjukkan untuk mengekalkan kebersihan rohani dan kesucian kalbu adalah sebagaimana yang disunnahkan oleh Ras...

Simbol Alif Lām Lām Hā' dalam Ilmu Shuhud

Huruf Alif Lam Lam Ha pada kalimat ALLAH adalah symbol yang memiliki makna sangat dalam. Simbol bukan sekadar tanda yang tak memiliki erti. Al-Ghazali dalam kitab Mishkat al-Anwār mengatakan "siapa sahaja yang telah mencapai pemahaman makna di sebalik terma-terma akan mencapai penyingkapan untuk mencerna bahawa idea-idea adalah yang utama, dan terma-terma yang menjadi simbolnya menempati posisi sekunder. Justru terma-terma yang menjadi simbol itulah sumber yang mengadung realiti". Datu Abulung adalah antara yang memiliki jenis pemahaman ini. Dalam Risalah Ilmu Shuhud beliau nampak banyak menyajikan pemaparan dengan melibatkan simbol sekali dengan erti dan maksud tersiratnya. Misal yang paling menonjol adalah simbol dan erti Alif, Lam, Lam, Ha' sebagai akan diterangkan berikut ini. Dikatakan dalam Risalah Ilmu Shuhûd, bahawa sebelum ada alam, Tuhan tak bernama, diistilahkan dengan Lā Ta’ayyun, setelah ada dunia lalu dinamai Allah. Nama Allah yang dalam bahasa Arab terdir...