Manusia dan al-Nafs
Tulisan ini coba menerka-nerka tentang siapa manusia dan apa al-nafs itu sehingga dikatakan “manusia yang telah mengenal nafs-nya dia telah benar-benar telah mengenal Tuhannya”. Al-Qur’an menggambarkan konsep tentang manusia menggunakan tiga istilah, iaitu al-bashar, al-insān, dan banī Ādam. Pertama, perkataan bashar dalam al-Qur’an menunjukkan pemahaman manusia sebagai makhluk biologis. Istilah bashar pula identik dengan aspek luaran bagi diri manusia, iaitu bahagian yang mudah dilihat oleh mata. Kadang-kadang istilah bashar juga diertikan al-jimac atau persetubuhan. Daripada pemahaman yang begini apabila dikaitkan dengan surah al-Kahfi [18]: 110, maka sebenarnya ayat menegaskan bahawa secara fizik-biologis manusia yang bernama Muhammad Rasulullah s.a.w. memiliki kesamaan dengan manusia lain secara umumnya, iaitu kesamaan unsur-unsur biologisnya adalah sama. Kemudian, jika dikaitkan dengan surah al-Hijr [15]: 33, maka seluruh manusia memiliki kesamaan bashariyahnya yang tercipta d...