Posts

Showing posts from August 20, 2011

Tingkatkan kuantiti & kualiti zikir dgn qiyamullayl

Image
Dalam bulan penuh ampunan ini, solat sunat qiyamullayl adalah satu peluang emas untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti zikir kepada Allah. Solat adalah salah satu ibadah yang merupakan manifestasi paling sempurna bagi pelaksanaan zikir. Zikrullah atau mengingat Allah adalah satu nyanyian religious yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang Islam yang beriman, sama ada ketika berpuasa Ramadhan mahupun bila-bila masa dan di mana-mana saja berada. Zikir kepada Allah merupakan matlamat bagi setiap ibadah. Ibadah adalah zikir. Jadi, hikmah daripada setiap pelaksanaan ibadah kepada Allah adalah zikir. Zikir kepada Allah adalah kehadiran sebenar seseorang di hadapan Allah, memandangi kurnia-Nya dan menyucikan asma-Nya yang mulia. Zikir dapat mengantarkan seseoang ke alam cinta ( mahabbah ) serta dekat kepada Allah ( taqarrub ila Allah ). Zikir kepada Allah bererti hijrahnya seseorang dari alam lalai menuju ke alam ingat, yang dapat mengantarkannya ke alam makrifatullah . Sesi...