Posts

Showing posts from November 3, 2009

Mengenal Hakikat Diri Manusia (Bagian II)

Empat sahabat itu sekarang sudah menjadi satu dalam kehidupan diri manusia. Ketika di dalam rahim sendiri-sendiri wujudnya. Tapi, ketika bayi sudah lahir, secara jasmani hanya ada satu wujud. Empat sahabat itu ghaib, tetapi tetap menyertai dalam wujud ruhani, tidak kasat mata. Itulah daya roh idhafi (roh pendukung) dalam diri manusia yang juga berasal dari Nur Muhammad. Ia tetap hidup hayyun walaupun nanti harus terpisah dari jasad apabila manusia telah mati. Daya Jibril, Mikail, Israfil, dan Izrail yang diibaratkan dengan warna merah, putih, hitam, dan hijau sebenarnya menjadi obor bagi Diri, tetapi jika tidak bijak diri manusia boleh terbakar sehingga kehilangan sifat-sifat manusiawinya. Obor itu berupa empat kekuatan jiwa atau nafsu: al-ammārah, al-lawwāmah, al-șūfiyah, dan al-muțma'innah. Empat Sekawan Pembina Diri (Nur Muhammad) Abdul Hamid Abulung, menerusi falsafah Nur Muhammad dalam proses kejadian anak Adam, menyebutkan bahawa Manikam tidaklah sendirian di dalam tara’ib, i...

Mengenal Hakikat Diri Manusia (Bagian I)

Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling sempurna dibanding makhluk lainnya. Namun, Allah juga memperingatkan bahawa kualiti kemanusiaannya, masih setengah jadi, sehingga harus berjuang bagi menyempurnakan dirinya. Proses penyempurnaan ini amat dimungkinkan kerana pada naturnya manusia itu fițriy, hanīf dan āqil. Lebih dari itu, Allah juga mengutus guru sejati, Muhammad Rasulullah sebagai penunjuk jalan. Permasalahannya adalah mengenali jati diri dan hakikat kemanusiaan adalah perkara yang tidak mudah, kerana potret tentang wujud manusia telah terpecah menjadi kepingan-kepingan kecil sehingga keutuhan sosok manusia semakin sulit untuk dihadirkan. Ada dua paradigma pemahaman terhadap manusia, iaitu paradigma materialisme-atheistik dan spiritualisme-theistik. Yang pertama berkeyakinan pada teori bahawa semua wujud berasal daripada materi (downward causation), sebaliknya yang kedua berkeyakinan bahawa dunia materi ini hakikatnya berasal daripada wujud yang bersifat immateri (upward causat...