Posts

Showing posts from August 21, 2011

Laylatul Qadar

Image
Malam laylatul qadar adalah peristiwa mistis. Bila seseorang mengalaminya maka ia akan mendapati perbezaan yang jelas antara yang benar dan yang salah sehingga ia akan memiliki kesedaran bahawa ada sesuatu yang benar dalam hidup ini yang apabila diterapkan dalam perjalanan hidupnya membolehkan ia terlahir semula dalam kesucian seperti bayi. Oleh itulah, malam ini dibilang lebih baik dari 1000 bulan. “ Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Qur’an pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, malaikat-malaikat dan roh yang suci turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar ” (QS. [97]: 1-5) Laylatul Qadar , secara bahasa terdiri daripada dua perkataan, layl dan qadar. Layl ertinya malam, sedangkan qadar memiliki beberapa pengertian; pertama, bererti penetapan dan pengaturan. Dalam pengertian ini laylatul qadar mempunyai pengertian sebagai...