Lambang Merah, putih, hitam, dan hijau
Dalam tradisi mistik warna juga merupakan simbul yang mengandungi potensi. Dikatakan merah unsurnya api iaitu darah, malaikatnya Jibril; putih unsurnya air iaitu air mani, malaikatnya adalah Mikail; hitam unsurnya tanah iaitu daging, malaikatnya adalah Israfil; dan hijau, unsurnya angin iaitu nafas, malaikatnya adalah Izrail. Pertama, warna merah melambangkan potensi Camariyah dalam diri manusia. Ia adalah unsur api. Camariyah sebagai potensi atau daya yang memancarkan cahaya merah mendorong tumbuhnya emosi. Daya yang merah ini juga menimbulkan pelbagai macam keinginan. Lemahnya daya ini pula menyebabkan hilangnya rasa cinta, hilangnya selera dalam hidup. Tanda cinta atau kasih sayang dilambangkan dengan warna merah. Cahaya merah pada api sekaligus simbol kekuatan, keberanian, keperkasaan, dan kebesaran. Api pula memiliki daya membakar yang sangat hebat. Dalam sekejap mata api boleh menghanguskan benda apa sahaja. Kemampuan untuk mengendalikan kekuatan yang berwarna merah ini akan mela...