Mengenal Hakikat Diri Manusia (Bagian I)
Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling sempurna dibanding makhluk lainnya. Namun, Allah juga memperingatkan bahawa kualiti kemanusiaannya, masih setengah jadi, sehingga harus berjuang bagi menyempurnakan dirinya. Proses penyempurnaan ini amat dimungkinkan kerana pada naturnya manusia itu fițriy, hanīf dan āqil. Lebih dari itu, Allah juga mengutus guru sejati, Muhammad Rasulullah sebagai penunjuk jalan.
Permasalahannya adalah mengenali jati diri dan hakikat kemanusiaan adalah perkara yang tidak mudah, kerana potret tentang wujud manusia telah terpecah menjadi kepingan-kepingan kecil sehingga keutuhan sosok manusia semakin sulit untuk dihadirkan.
Ada dua paradigma pemahaman terhadap manusia, iaitu paradigma materialisme-atheistik dan spiritualisme-theistik. Yang pertama berkeyakinan pada teori bahawa semua wujud berasal daripada materi (downward causation), sebaliknya yang kedua berkeyakinan bahawa dunia materi ini hakikatnya berasal daripada wujud yang bersifat immateri (upward causation).
Mereka yang berpandangan atau terbiasa dengan metode berpikir empirisme-materialistik sukar diajak menghayati makna penyempurnaan kualiti insan melalui pengenalan diri dan asal kejadian diri sebagaimana yang lazim diyakini para sufi kerana antara lain, paham empirisme-materialistik telah mereduksi keagungan manusia yang dinyatakan Tuhan sebagai moral and religious being.
Sedangkan sufi memahami bahawa manusia adalah wakil Tuhan di muka bumi untuk melaksanakan 'blueprint'-Nya membangun bayang-bayang surga di bumi ini, bahkan manusia sengaja diciptakan Tuhan kerana dengan penciptaan itu Tuhan akan melihat dan menampakkan kebesaran diri-Nya. Kuntu kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an u‛rafa fa khalaqtu al-khalqa fabī ‛arafūnī--Aku pada mulanya adalah harta yang tersembunyi, kemudian Aku ingin dikenal, Kuciptakanlah makhluk maka melalui Aku mereka kenal Aku.
Terlepas apakah riwayatnya șahīh ataukah da’īf, pada umumnya sufi menerima hadis tersebut, namun dengan beberapa penafsiran yang berbeza. Meski demikian, sufi cenderung sepakat bahawa cahaya sifat Tuhan yang paling sempurna ada pada manusia, iaitu yang berupa Nur Muhammad. Manusia adalah microcosmos yang memiliki sifat-sifat yang menyerupai Tuhan dan paling berpotensi menghampiri Tuhan. Dalam QS. 15:29, misalnya, Allah menyatakan bahawa dalam diri manusia memang terdapat unsur Ilahi yang dalam al-Qur'an beristilah "min rūhī."
Pendek kata, wujud hakikat diri manusia memiliki peringkat-peringkat (martabat) dan mata rantai eksistensi. Apabila diurut dari bawah unsurnya ialah minerality, vegetality, animality, dan humanity. Dari peringkat (martabat) pertama sampai ke tiga, aktiviti dan daya jangkau manusia masih berada dalam lingkup dunia materi dan dunia materi selalu menghadirkan polariti atau fragmentasi yang saling berlawanan (the primordial pair). Dalam konteks inilah yang dimaksud bahawa wujud manusia dan dunia materi adalah wujud yang terpecah berkeping-keping. Makin berkembang ilmu pengetahuan, makin bertambah kepingan gambaran wujud dunia, dan makin jauh pula manusia untuk mampu mengenal dirinya secara utuh.
Syahdan, bermula sebenar-benarnya diri itu nyawa, sebenar-benar nyawa itu Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu adalah sifat iaitu sifat hayat (حباة) bukan sifat hayyun (حيى) tetapi tiada lain.
Menurut kata setengah ulama bahawa yang sebenar-benarnya diri itu ruh, tatkala ruh itu masuk pada tubuh nyawa namanya, tatkala ia keluar-masuk nafas namanya dan tatkala ia berkehendak pada sesuatu ikhtiar namanya, dan tatkala ia ingin akan sesuatu nafsu namanya, tatkala ia ingat akan sesuatu ‘arif namanya dan tatkala ia percaya akan sesuatu iman namanya dan tatkala ia dapat memperbuat sesuatu akal amanya dan pohon akal itu ialah ilmu. inilah sebenar-benarnya diri dan pada diri itulah zhahir Tuhan seperti dalil yang berbunyi: Man ‛arafa nafsah faqad ‛arafa rabbah, ertinya: Barang siapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya.
Nukilan di atas menegaskan bahawa diri manusia itu ada kerana Nur Muhammad, sedangkan Adam dijadikan dari tanah maka tanah itu daripada air, air itu dijadikan daripada Nur Muhammad. Dengan demikian maka nyatalah bahawasannya Batang Tubuh dan Ruh manusia jadi daripada Nur Muhammad, maka tiada lain manusia pun dinamakan Muhammad itu sendiri. Sedangkan Nur Muhammad itu adalah pancaran sifat Allah ‛Azza wa Jalla, sedangkan wujud sifat melekat pada zat, tidak boleh dipisah-pisahkan. Jadi Nur Muhammad sebagai sifat Allah dan zat-Nya adalah sebuah kesatuan, sedangkan manusia dan alam terjadi daripada Nur Muhammad. Jadi antara alam, manusia, dan Tuhan pada hakikatnya adalah satu. Alam dan manusia hanyalah manifestasi atau pancaran daripada sifat-sifat Tuhan.
Dalam ilmu tasawuf disebutkan bahawa diri itu terbahagi menjadi dua, iaitu diri sebagai hamba dan diri sebagai insan. Diri sebagai hamba teridiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, angin, dan api. Keempat-empat anasir itu adalah sifat bagi hamba. Sedangkan diri sebagai insan (manusia) terdiri daripada anasir mada, madi, mani, dan manikam kerana keempat-empat anasir itu adalah sifat insan (manusia).
Diri insan anak adam terjadi dari hasil hubungan badan yang dilakukan oleh ibu bapa. Pada waktu hubungan intim itu berlangsung, keempat-empat anasir yang merupakan sifat insan itupun berproses. Namun, antara keempat-empat anasir itu hanya manikam sahaja yang mejadi insan, dan di dalam manikam itulah bersemayam Nur Muhammad.
Selanjutnya dikatakan:
Sewaktu turun kepada bapak kita madi namanya, selagi di dalam kalam manikam namanya, tatkala terhunjam maka nutfah namanya, tatkala terhenti lahut namanya, tatkala berdiri alif namanya, sesudah lengkap fayakun namanya, tatkala terhantarar salam namanya, atau mukmin, dan sewaktu keluar ia dari rahim ibunya sholihin namanya, dan tatkala ia menangis dalilnya Allah, dan setelah ia tahu berkata Ahmad namanya, dan setelah ia dapat berjalan Muhammad namanya, setelah sempurna Rasulullah namanya, maka sempurnalah Ruh Idhafi namanya. Inilah yang bernama permulaan dan kesudahan (Nur) Muhammad. Maka dikatakan Rasulullah kerana rahsia kepada Allah.
Apabila manikam itu sampai 40 hari lamanya didalam tarā'ib perempuan, maka siklus darah haid berhenti kerana jalan peranakan tertutup oleh manikam. Setelah 4 bulan manikam berada didalam rahim, ia kemudian bernyawa (bergerak). Pada bulan kelima, himpunan darah haid yang terbendung oleh manikam berubah menjadi tembuni. Apabila sampai pada masa kelahiran, maka darah haid yang terhenti itu menjadi darah nifas. Peristiwa ini seluruhnya berlangsung didalam rahim.
Dalam al-Qur'an Sūrah an-Nāzi'at ayat 5 dinyatakan: fa al-mudabbirāti amrā, dan (malaikat-malaikat) yang mengatur urusan. Q.S. Az-Zariyat ayat 4 pula menyebutkan fa al-muqassimāti amran, dan malaikat-malaikat yang mengagih-agihkan urusan. Ayat ini setidaknya menunjukkan bahawa semua gerak aktiviti yang ada di langit dan di bumi berpunca atau digerakkan oleh malaikat-malaikat yang menguruskannya. Allah telah menyerahkan urusan gunung kepada seorang malaikat, malaikat yang menguruskan awan dan hujan, malaikat yang menjaga rahim dan menguruskan kejadian anak sejak dari berupa nuțfah (air mani) sehingga sempurna bentuknya, dan lain-lain.

terima kasih kang kolis, saya ingin berbagi/share dengan kang kolis mengenai ilmu hakikat-makrifat..ini blog dan FB saya:
ReplyDeleteFB : hendrawan doank / hendrawan79@telkom.net
blog : www.wawang.wordpress.com
Alhamdulillah dengan pemaparan2 yang demikian ini dapat membuka hijab2 daripada para materialis,komunis,eportunis dan nihilis yang berkembang dan memwabah sehingga mereka menjadi salah satu asbab kehancuran eksistensi maupun moralitas agama.
ReplyDeletebanyak sekali tulisannya pak, punya saya baru satu..
ReplyDeletealhamdulillah, I like
ReplyDelete