Tingkatkan kuantiti & kualiti zikir dgn qiyamullayl

Dalam bulan penuh ampunan ini, solat sunat qiyamullayl adalah satu peluang emas untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti zikir kepada Allah. Solat adalah salah satu ibadah yang merupakan manifestasi paling sempurna bagi pelaksanaan zikir.



Zikrullah atau mengingat Allah adalah satu nyanyian religious yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang Islam yang beriman, sama ada ketika berpuasa Ramadhan mahupun bila-bila masa dan di mana-mana saja berada. Zikir kepada Allah merupakan matlamat bagi setiap ibadah. Ibadah adalah zikir. Jadi, hikmah daripada setiap pelaksanaan ibadah kepada Allah adalah zikir.

Zikir kepada Allah adalah kehadiran sebenar seseorang di hadapan Allah, memandangi kurnia-Nya dan menyucikan asma-Nya yang mulia. Zikir dapat mengantarkan seseoang ke alam cinta (mahabbah) serta dekat kepada Allah (taqarrub ila Allah). Zikir kepada Allah bererti hijrahnya seseorang dari alam lalai menuju ke alam ingat, yang dapat mengantarkannya ke alam makrifatullah.

Sesiapa yang bersungguh-sungguh mengingati Allah, akan mendapat darjah terhormat di sisi-Nya. Orang yang rajin berzikir, lebih tinggi darjahnya berbanding orang yang suka bertafakkur, kerana tazakkur (mengingat) merupakan natijah daripada tafakkur (merenung). Orang bijak berkata, “tazakkur berada di atas tafakkur, kerana sesungguhnya tafakkur adalah sekadar mencari (Yang Dicintai), sedangkan tazakkur adalah mencapai (Yang Dicintai)”.

Banyak cara yang dapat dilakukan untuk berzikir, kerana setiap ibadah wajib dan sunah mengandungi makna zikir kepada Allah. Zikir adalah roh ibadah. Dalam pelaksanaan ibadah puasa, misalnya, di dalamnya terkandung makna zikir kepada Allah. Allah berfirman: “… dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur”. (al-Baqarah [2]: 185).

Orang yang berzikir adalah orang yang hidup, sedangkan orang yang lalai mengingat Allah adalah orang yang mati. Rasulullah bersabda: “Perumpamaan orang yang menyebut (berzikir kepada) Tuhannya dan orang yang tidak menyebut (berzikir kepada) Tuhannya adalah seperti hidup dan mati.” (HR Bukhari).

Di dalam berzikir terkandung kekuatan yang dapat menggerakkan seseorang untuk hidup lebih baik di masa mendatang. Orang yang suka berzikir memiliki keyakinan dan masa depan yang baik; bahawa dirinya akan hidup bahgia dan damai di alam keabadian. Sebab, zikir dapat menggerakkan seseoang untuk memperbanyak usaha bagi mendapatkan kebahgiaan sebenar di dalam surga jannatunnaim.

Orang yang ingat (zikir) kepada Allah terhindar daripada malapetaka dan penderitaan yang berasal daripada nafsu setan yang terkutuk. Zikir kepada Allah dapat menyucikan hati, dan tidak memberi peluang kepada nafsu dan setan menguasai diri. Zikir dapat memadamkan godaan-godaan api cinta kepada dunia.

Sebaliknya, orang yang lupa atau lalai mengingat Allah menjadi hitam dan gelap hatinya. Hati yang kosong daripada zikir menjadi tempat bersarangnya pelbagai penyakit setan menguasai diri kita, sehingga hati semakin jauh dari Allah.

Dalam bulan penuh ampunan ini, solat sunat qiyamullayl adalah satu peluang emas untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti zikir kepada Allah. Solat adalah salah satu ibadah yang merupakan manifestasi paling sempurna bagi pelaksanaan zikir.

Sa’id Hawa menyatakan, bahawa solat adalah manifestasi dan wujud paling sempurna daripada zikir kepada Allah, kerana dalam solat terangkum pelbagai aktifiti zikir seperti tasbih, takbir, solawat, tahmid, istighfar, dan doa. Semua bentuk kegiatan tersebut adalah zikir. Kerana itu pula, solat menjadi tiang agama; Islam tidak akan tegak tanpa solat. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Pusat daripada perkara adalah Islam. Tiangnya adalah solat, dan puncak bangunannya adalah jihad…” (HR. Abu Dawud)

Untuk artikel yang berkaitan sila baca di sini

Comments

Popular posts from this blog

Simbol Alif Lām Lām Hā' dalam Ilmu Shuhud

Menyadari Sir Allah dalam Diri

Mengenal Hakikat Diri Manusia (Bagian II)