Laylatul Qadar
Malam laylatul qadar adalah peristiwa mistis. Bila seseorang mengalaminya maka ia akan mendapati perbezaan yang jelas antara yang benar dan yang salah sehingga ia akan memiliki kesedaran bahawa ada sesuatu yang benar dalam hidup ini yang apabila diterapkan dalam perjalanan hidupnya membolehkan ia terlahir semula dalam kesucian seperti bayi. Oleh itulah, malam ini dibilang lebih baik dari 1000 bulan.
“Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Qur’an pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, malaikat-malaikat dan roh yang suci turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar” (QS. [97]: 1-5)
Laylatul Qadar, secara bahasa terdiri daripada dua perkataan, layl dan qadar. Layl ertinya malam, sedangkan qadar memiliki beberapa pengertian; pertama, bererti penetapan dan pengaturan. Dalam pengertian ini laylatul qadar mempunyai pengertian sebagai malam penetapan Allah bagi perjalanan hidup manusia, kerana sempena malam ini al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad buat pertama kalinya. Al-qur’an berfungsi sebagai penetapan dan pengaturan bagi kehidupan manusia.
Kedua, al-qadar mengandungi erti kemuliaan. Laylatul qadar bererti malam kemuliaan, memandangkan pada malam ini al-Qur’an yang mulia diturunkan sebagai starting point bagi setiap kemuliaan yang dapat diraih manusia di dunia dan di akhirat. Ketiga, al-qadar juga bererti sempit, malam yang sempit, kerana pada malam ini para malaikat dengan gegap gempita berbondong-bondong menyesaki alam dunia untuk membawa wahyu Allah.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga pengertian laylatul qadar tadi menegaskan bahawa malam itu adalah malam penetapan perjalanan sejarah manusia yang penuh kemuliaan, dan diraikan oleh turunnya para malaikat ke bumi, sekaligus juga turunnya al-Qur’an yang menjadi pedoman langkah kemuliaan hidup manusia sepanjang sejarahnya.
Bilakah laylatul qadar itu tiba?
Para ulama berbeza pendapat mengenai waktu jatuhnya laylatul qadar. Sebahagiannya berpendapat ia jatuh pada tarikh 17 Ramadhan, dikaitkan dengan peristiwa perang Badar, iaitu perang pertama dalam sejarah Islam. Perang Badar adalah perang pembelaan, al-furqan. Selain itu, kerna pada tarikh yang sama al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad buat pertama kalinya.
Sebahagian ulama yang lain pula mendapati isyarat Rasulullah dalam hadisnya, bahawa laylatul qadar jatuh pada hari-hari ganjil sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Iaitu bermula dari tarikh 21, 23, 25, 27, dan 29.
Malam laylatul qadar adalah malam yang penuh keistimewaan, sangat dinanti-nantikan kehadirannya setiap tahun menjelang akhir Ramadhan. Ibadah yang dilaksanakan sempena malam laylatul qadar memiliki nilai yang sama dengan ibadah yang dilaksanakan selama seribu bulan. Siapa sahaja yang mendapat laylatul qadar , sedangkan ia menjalankan ibadah, maka ia sebenarnya telah memperoleh pengalaman kerohanian yang tak terhingga nilainya, iaitu setara dengan nilai ibadah selama lebih dari 80 tahun.
Malam laylatul qadar adalah peristiwa mistis. Bila seseorang mengalaminya maka ia akan mendapati perbezaan yang jelas antara yang benar dan yang salah sehingga ia akan memiliki kesedaran bahawa ada sesuatu yang benar dalam hidup ini yang apabila diterapkan dalam perjalanan hidupnya membolehkan ia terlahir semula dalam kesucian seperti bayi. Oleh itulah, malam ini dikira lebih baik dari 1000 bulan.
Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatul qadar dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Dan sesiapa yang menjalani malam laylatul qadar dengan beribadah dalam keimanan dan berserah diri maka dosanya akan diampunkan”.
Semoga kita bertemu dengan malam laylatul qadar yang ibadah pada saat itu nilai pahalanya lebih dari 80 tahun umur kita. Aaamiiin.

Comments
Post a Comment
TERIMAKASIH ANDA ANDA TELAH BUAT KOMENTAR DI SINI