Sedikit tentang Isyraq dalam Lembaran Ilmu Syuhud
Al-Isyraq bererti pancaran sinar atau illuminasi. Konsep tasawuf ini, barangkali adalah tipe tasawuf yang paling orisinil di antara konsep-konsep tasawuf falsafi. Pikiran ini cukup beralasan, mengingat, bahawa Syihabuddin Abū al-Futuh Suhrawardi (l.544 H) sebagai konseptornya, adalah seorang yang memiliki pengetahuan yang luas dalam pelbagai aliran falsafah Greek mahupun falsafah Persia dan India. Beliau akhirnya dihukum bunuh di Aleppo pada tahun 578 H atas perintah Shalahuddin al-Ayyubi oleh sebab ajarannya.
Suhrawardi mengatakan, bahawa Allah dinamakan Nur al-Anwar yang merupakan sumber segala yang ada. Dari Nur al-Anwar lahirlah Anwar al-Qahirah (cahaya yang menguasai) yang mengatur perjalanan segala yang ada, kemudian dari Nur al-Qahirah lahirlah Anwar al-Mujarradah (cahaya semata) ialah jiwa manusia. Kemudian lahir lagi Jauhar al-Muzlin (benda gelap) ialah tubuh manusia, dan akhirnya alam materi (benda-benda) yang dinamakan Bazzah.
Semua cahaya tadi yang nampak terbahagi namun berasal dari kesatuan cahaya yang menggerakkan segala falak dan mengatur segala aturannya. Oleh kerana itu dengan memperkuat jiwa, dan jiwa yang kuat dapat berhubungan kembali dengan Anwar al-Qahirah (pengatur falak) iaitu malaikat dan dari sini terus membuat hubungan langsung dengan Nur al-Awar ialah zat Pencipta dan kembali bersatu dengan-Nya. Untuk mengadakan hubungan kembali dengan Nur al-Anwar, jiwa harus dibebaskan dari ikatan-ikatan jasmani seperti nafsu keinginan dan pengaruh kebendaan, maka dengan bersihnya jiwa akan dapat naik jiwa manusia (Nur al-Mujaradah) berhubungan dengan Nur al-Qahirah (malaikat) dan seterusnya bersatu dengan Nur al-Anwar ialah zat Pencipta.
Pendapat Abulung tentang al-Isyraq nampak pada paparan di bawah ini.
Pertama, عالم روح iaitu martabat nyata iaitu Nur Muhammad atau نور الله ertinya cahaya Allah iaitu memerintah sekalian alam ini nyatalah daripada bayang-bayang wujud bayang-bayang jua daripada asal تعين dan esa pada hakikatnya demikianlah alam ruh itu bernama الله.
Kedua, عالم مثال ertinya martabat alam sekalian bagi segala rupa jisim yang halus yang tiada menerima bagai dan huruf apa-apa iaitu wujud Allah yang empunya martabat.
Ketiga, عالم اجسم ertinya alam segala tubuh kita yang zhahir ini wujud Allah jua pada hakikatnya, kerana jikalau tiada zhahir tiada ada jua bathin, kerana yang zhahir dengan bathin itu esa.
Keempat, عالم انسان ertinya alam segala manusia iaitu perhimpunan segala alam. Perhimpunan segala martabat tersebut semuanya itu bernama insān kāmil ertinya manusia yang sempurna. Kerana sudah putus hakikatnya tiada lagi mengenal zhahir dan batin melainkan qudrat dan iradat sendirinya yang berlaku. Seperti isyarat Sayyidina Abū Bakar r.a. yang ertinya tiada aku melihat akan sesuatu kecuali Allah yang kulihat dahulunya. Kata Umar r.a.: tiada aku melihat sesuatu melainkan aku lihat Allah sebelumnya. Kata Usman r.a.: Tiada aku lihat akan sesuatu kecuali aku lihat Allah sertanya. Kata Ali r.a.: Tiada aku lihat akan sesuatu kecuali aku lihat Allah di dalamnya.
Isyarat ini menunjukkan bahawa Sayyidina Ali tiada lagi melihat sesuatu sifat hanya Allah s.w.t. dilihatnya di dalam sifatnya dan tiada Ali melihat lain daripada dirinya, kerana sebenar-benarnya zat Allah itu tiada lain daripada dirinya sendiri. Seperti firman Allah: وهو الاول والاخر والظاهر والباطن Ertinya: Dia jua yang pertama dan Dia jua yang kemudian dan Dia jua yang nyata dan Dia jua yang tersembunyi. Seperti kata waliyullah: tiada ada di dalam sesuatu kecuali Allah. Ibarat di dalam تعين akan tetapi باطن.
Muhammad itu tiada antara dengan Allah seperti bunga dengan buahnya dan seperti bayang-bayang dengan yang empunya bayang-bayang yakni tiada bercerai pada hakikat.
Allah dengan ruang lingkupnya dia Nur Muhammad itu sendirinya di dalam perkataan Allah: كمن فيكن dan Nur Muhammad itu sendirinya di dalam lingkup daripada Nur zat semesta sekalian alam ini perbuatan nur juga. Maka barang siapa belum tahu jalan ini jangan membaca kitab ini, kerana dapat menjadikan sesat akan dirinya dan jika sudah tahu bacalah kitab ini, kerana inilah jalan segala Anbiya, auliya yang shaleh. Syariat dengan tiada hakikat hakikat hampa dan hakikat dengan tiada syairat bathil, yakni sia-sia.
Adapun yang bernama rahsia itu sir. Allah juga, adapun kita ini tiada tahu kalau tiada guru yang mempunyai ilm al-haq maka tiada dapat perkataan ini kerana ini adalah kesudahan ilmu, tiada lagi di dalam kitab.
Adapun kita ini bertubuhkan Muhammad zhahir bathin, bertubuhkan ruh namanya. Maka tiada kita kenang lagi hati dan tubuh, hanya bertubuh bathin saja namanya, ertinya Muhammad jua yang jadi tubuh kita ini. Jadi hakikatnya kita ini bertubuh ruh ايضافى, sebab Muhammad itulah yang bernama rahsia atau sir Allah.
Inilah pujiannya yang berhimpun dalah Fatihah:
بيم الله : Aku menjadikan diriku
الر حمن : Aku mengadakan Muhammad
الر حيم : Aku mengatakan rahsiaku
الحمدالله : Ya Muhammad Aku jua memuji diriku.
رب العالمين : Ya Muhammad yang berbuat itu Aku jua zhahir dan bathin
الرحمن الرحيم : Ya Muhammad yang membaca fatihah itu Aku juga memuji diriku
ما لك يوم الد ين : Ya Muhammad engkau jua ganti kerajaanku tiada lain yang sembahyang itu aku.
اياك نعبد : Ya Muhammad Aku memuji akan diriku
واياك نسنعبد : Ya Muhammad tiada yang tahu akan diriku hanya engkau
اهدناالصراطالمستقسم : Ya Muhammad yang ghaib itu aku dengan kamu kemuliaan-Ku
صر اط الذين انعمت عليهم : Ya Muhammad sebab dengan sabdaku maka sekaliannya ini ada.
غير المغضوب عليهم : Ya Muhammad tiada aku katakan rahsiaku kepada mereka, kerana aku kasih kepada umatmu.
ولاالضالين : Ya Muhammad jika tiada kasihku tiada engkau tahu akan rahsiaku.
امن : Ya Muhammad engkau ganti rahsiaku.
Ketahuilah hai thalib, barang siapa yang mengenal akan dirinya, kenallah ia akan Tuhannya dan tiada sempurna seorang mengenal dirinya kalau tiada tahu akan kejadian asal dirinya. Hal ini sesuai dengan pendapat Abdullah bin Abbas yang mengatakan: “Hai Rasulullah apakah yang mula-mula dijadikan oleh Allah s.w.t.”. Maka Nabi bersabda:
ان الله حلق قبل الا شياء نور نبيك
Ertinya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan terlebih dahulu ialah Nur Muhammad s.a.w. yang dijadikan daripada Zat Allah.”
Maka dengan demikian, Nur Nabi Muhammad itu dijadikan sebelum asyaa dan juga dijadikan Allah dari zat-Nya. Seperti kata Syekh Abdul Wahab Asy-Syakrani:
اان الله جلق روح النبي محمد من ذ اته وحلق روح العا لم من نور محمد صلعم
Ertinya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan ruh Nabi Muhammad itu dari zat-Nya dan menjadikan sekalian alam, Nabi Adam dan tubuh manusia ini dari Nur Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad bersabda:
ا نا ابوا الارو اح وادم ابوا البشر
Ertinya: “Aku bapak dari segala ruh dan Nabi Adam bapak dari tubuh manusia dan Nabi Adam dijadikan daripada tanah”.
Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Qur’an:
خلق الانسا ن من طين
Ertinya:“Aku jadikan manusia dari tanah dan tanah dijadikan dari air. Air berasal dari Nur Muhammad. Maka ruh dan tubuh manusia tersebut bernama Nur Muhammad kepada ruh dan tubuh inilah segala kainat.
Maka insya Allah kita akan melihat kesempurnaannya. Zat Wajibul wujud. Kerana tubuh kita yang kasar ini sekali-kali tidak dapat mengenal Allah. Sebab fana yang dapat mengenal Allah adalah dengan Nur Muhammad s.a.w. Maka barang siapa mengenal atau meresapkan Nur Muhammad saw, bererti ia mengenal atau meresapkan Tuhannya, kerana itu merupakan kenyataan wujud Allah yang kita miliki seperti: penglihatan, pendengaran, pengrasaan, dan sebagainya, baginya iaitu Nur jua.
Allah berfirman dalam Al-Qur’an:
قد جاء كم من الله نور
Ertinya: “Barang yang datang kepada kamu itu dari Allah iaitu Nur”.
Hal ini sesuai dengan firman Allah:
قد جاء كم الحق من ربكم
Ertinya: “Sesuatu apa yang menimpa kamu adalah hak daripada Tuhan, dari Nur kepada Nur jua.”
Di sinilah sampainya pelajaran segala ilmu dari Aulia dan Ambiya untuk mengenal Allah s.w.t. Demikian pula pendapatnya Arif billah serta kelakuan kerana ia mengenal Dirinya berasal dari kejadian Nur Muhammad tadi.
Allah berfirman dalam hadis qudsi:
خلقتك لاجلى وخلقت الا شياء لاجلك
Ertinya: “Aku jadikan kamu (Muhammad) kerana Aku, dan Aku jadikan alam semesta kerana engkau ya Muhammad.”
Hal ini sesuai dengan Sabda Nabi Muhammad saw:
ا انا من الله والنؤ منين منى
Ertinya: “Aku dari pada Allah dan sekalian mukmin itu daripada aku”.
Maka hendaklah berpegang teguh pada Nur Muhammad mahupun di waktu beribadat atau diluar daripada itu.
Pendapat Abulung tentang al-Isyraq ini senada dengan ajaran Suhrawardi al-Maqtul sebagai pelopor al-Isyraq. Hal ini dapat dilihat pada ungkapan Abdul Hamid Abulung mengenai al-Isyraq, iaitu: Nur Muhammad atauنور الله ertinya cahaya Allah iaitu memerintah sekalian alam ini nyatalah daripada bayang-bayang wujud bayang-bayang jua daripada asal تعين dan esa pada hakikatnya demikianlah alam ruh itu bernama الله. “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan terlebih dahulu ialah Nur Muhammad s.a.w. yang dijadikan daripada Zat Allah.”

Comments
Post a Comment
TERIMAKASIH ANDA ANDA TELAH BUAT KOMENTAR DI SINI