Jumbuhing Kawula Gusti
Syaifulloh Yazid, seorang pemerhati dan ahli sufi belia menuliskan: Secara etimologi, istilah jumbuhing atau manunggaling kawula Gusti merupakan perpaduan daripada beberapa suku kata. Iaitu pertama, jumbuhing atau manunggaling secara bahasa bererti menjadi satu; luluh (bercampur, berpadu) sehingga tidak terpisahkan. Kedua, kawula yang bererti hamba sahaya, abdi, pengikut, atau orang-orang yang di bawah perintah suatu negara. Ketiga, Gusti yang bererti sebutan untuk Tuhan (atau yang dianggap tuhan).
Sebenarnya pada mulanya, secara umumnya istilah ”Gusti” tidak hanya digunakan untuk menyebut Tuhan sahaja namun juga digunakan untuk menyebut sesuatu yang dianggap mulia dan mempunyai darjat yang tinggi semisal raja. Oleh itu pada zaman dahulu seorang raja juga sering dipanggil gusti atau biasanya dipanggil dengan istilah gusti kanjeng. Hal ini sampai sekarangpun masih berlaku, khususnya di kalangan kerajaan atau kraton. Semisal julukan ”Kanjeng Gusti Pangeran Haryo (K.G.P.H.) yang disematkan kepada putera raja. Bahkan di kalangan masyarakat Islam di Jawa, terutama di beberapa pesantren tradisional istilah ”gusti” masih digunakan dan menjadi adat sebutan untuk memanggil seorang putera kyai walau bukan dipanggil gusti tetapi dipanggil dengan istilah ”Gus”, sebagai penghormatan kepadanya kerana keturunan seorang kyai atau ulama yang berilmu tinggi. Seperti panggilan ”Gus Dur” yang mempunyai nama asal Abdurrahman Wahid yang beliau merupakan putera seorang kyai besar, Kyai Haji Wahid Hasyim. Maka untuk membezakan panggilan ”Gusti” yang memang khusus untuk menyebut Allah, orang-orang Jawa pada umum menyebut ”Gusti Allah”.
Sedangkan penggunaan kata ”kawula” lebih menunjukkan kepada diri sendiri atau dalam masyarakat Jawa biasa disingkat ”kulo” yang bererti ”saya”. Namun kata ”kawula” lebih umum digunakan di dalam persekitaran kraton atau kerajaan. Kata ”kawulo”, sebagaimana menurut Hamka, untuk menunjukkan bahawa kita ini adalah hamba sahaya sang raja dan menghambakan diri kepada baginda raja. Maka secara tidak langsung, penggunaan isitilah ”kawulo” pada umumnya adalah untuk menunjukkan hakikat diri yang lebih rendah, hina, tidak kuasa, patuh dan lain sebagainya kepada sesuatu yang dianggap lebih mulia, agung, berkuasa dan mesti ditaati. Dalam konteks ini yang dimaksud adalah hubungan antara ”kawulo” dengan ”Gusti” atau ”manusia” dengan ”Allah”.
Maka secara bahasa, manunggaling kawula Gusti mempunyai pengertian kesatuan, peleburan, dan perpaduan antara seorang hamba (manusia) yang serba penuh kelemahan dan kekurangan dengan Tuhannya (Allah) yang serba maha dan paling berkuasa. Hanya kepada-Nya manusia mesti bergantung sepenuhnya. Sebab Dialah Zat Yang Maha Sempurna dan manusia maha lemah dan penuh kekurangan maka manusia mesti berusaha mencapai tahapan yang sempurna sehingga dia akan mampu bersatu dengan Tuhan-Nya.
Berangkat daripada pendefinisan manunggaling kawula Gusti secara etimologi maka pengertiannya secara terminologi sangat berhubungkait dengan mitos dan mistis budaya masyarakat Jawa. Manunggaling kawula Gusti dalam perspektif mistis Jawa merupakan tujuan akhir dalam kehidupan manusia. Oleh itu manusia mesti mengenal dan memahami tujuan akhir daripada kehidupannya tersebut.
Menurut Risalah Serat Pamoring Kawula-Gusti karangan Ranggawarsita, sebagaimana dikutip oleh Simuh, konsep bersatunya manusia dengan Tuhan ini boleh ditamsilkan sebagai perpaduan cangkok dengan isinya dan seumpama curiga manjing warangka (masuknya senjata ke dalam sarungnya). Ertinya antara manusia dengan Tuhan merupakan dwi-tunggal, tidak dapat diceraikan satu dengan lainnya. Sedangkan dalam Serat Hidayat Sejati, Ranggawarsita mengatakan bahawa Tuhan telah immanent dalam diri manusia. Yakni Tuhan telah menciptakan mahligai-mahligai-Nya dalam diri manusia, iaitu di kepala, dada, dan alat kelamin.
Sedangkan menurut pemahaman Suwardi Endraswara, kerana manusia asal dan hakikatnya sama dengan Tuhan maka manusia dapat bersatu dengan Tuhan. Setelah manusia bersatu dengan Tuhan, ia menjadi sama dengan Tuhan. Hakikat Tuhan adalah Zat, Sipat (Sifat), dan Asma’ sedangkan manusia itu wujud, ngelmu, nur, dan shuhud, iaitu pada kenyataannya menyatu (amor) tiada berbeza. Hubungan Tuhan dengan manusia menunjukkan pengertian yang bersifat bipolar (dua arah). Oleh itu penyatuan tersebut disimbolkan sebagai curiga manjing rangka rangka manjing curiga (senjata masuk ke dalam sarungnya, sarung masuk ke dalam senjatanya). Dengan ertian, bahawa Tuhan telah memancarkan cahaya-Nya kepada manusia maka manusia mesti bersifat aktif dengan berusaha mendekat dan menyatu dengan Tuhan.
Menurut Niels Mulder, bahawa tahapan perjalanan mistik Jawa terakhir dan yang tertinggi adalah makripat (makrifat), iaitu saat tujuan menyatunya hamba dengan Tuhan (jumbuhing kawula lan Gusti) sudah tercapai. Pada tahapan ini, jiwa individu bercampur dengan jiwa universal, tindakan sudah menjadi laku (ritual) yang sepenuhnya murni, tak perduli apapun yang dilakukan orang itu –bekerja, bermeditasi, buang hajat, tidur, atau makan. Menurutnya, pada titik ini, sang pelaku tersebut bercahaya bagaikan bulan purnama di atas bumi, kehadirannya memperindah dunia dan mengilhami orang lain. Ia telah menjadi timbalan ”Tuhan” di bumi.
Menurut pandangan Siti Jenar, sebagaimana yang difahami oleh Dr. M. Solihin, bahawa Tuhan adalah Zat yang mendasari dan sebagai sebab adanya manusia, flora, fauna, dan segala yang ada, sekaligus yang menjiwai segala sesuatu yang berwujud, yang keberadaannya tergantung kepada adanya Zat itu. Ini dibuktikan dari ucapan Siti Jenar bahawa dirinya memiliki sifat-sifat dan secitra Tuhan/ Hyang Widi.
Sedangkan dalam Serat Dewaruci diterangkan, sebagaimana yang dikutip oleh Zainul Milal Bizawie, ”Kesatuan manusia dengan Tuhan, iaitu ibarat cermin dengan orang yang bercermin. Bayang-bayang yang ada dalam cermin, itulah hamba/manusia”.
Dalam pemahaman yang diyakini oleh Paguyuban Sumarah, bahawa kesatuan antara hamba dengan Tuhan akan menghilangkan kesedaran terhadap adanya kesatuan itu lenyap. Yakni tiada lagi yang bersujud dan yang disujudi. Orang yang mendapat kesempurnaan, berada di dalam situasi terus-menerus bersatu dengan Allah, sehingga segala sesuatu yang dilakukan, dilakukan di dalam kesatuan dengan Allah.
Dengan demikian daripada pelbagai pendefinisian tentang manunggaling kawula Gusti tersebut, dapat dikatakan bahawa sememangnya faham kesatuan tersebut mempercayai bahawa Tuhan imanen dalam diri manusia. Hal ini seakan-akan serupa dengan pandangan panteisme yang menyakini bahawa Tuhan adalah segala-galanya dan segala-galanya adalah Tuhan. Yakni manusia adalah Tuhan dan Tuhan adalah manusia.
Walaupun demikian, menurut pandangan Simuh, faham manunggaling menurut Ranggawarsita masih tetap mempertahankan adanya perbezaan antara Tuhan yang wajib disembah, dengan manusia yang wajib menyembah. Ranggawarsita masih tetap membezakan antara makhluk dengan Tuhan. Sebagaimana simbol yang diungkapkannya, iaitu bagai curiga dan warangka yang kedua-duanya ialah benda yang berbeza.
Oleh itu dikatakan oleh Simuh, bahawa konsep Jawa tentang ”Manunggaling Kawula Gusti” atau ”Pamoring Kawula Gusti” adalah lebih dekat atau sejajar dengan konsep hulul al-Hallaj yang dalam konsep tersebut masih terdapat perbezaan antara kawula (hamba) dengan Gusti (Tuhan). Kawula tetap kawula dan Gusti tetap Gusti. Hanya kedua-duanya dapat manunggal atau amor (berkumpul) jadi satu. Berbeza dengan konsep panteisme yang menyatakan tidak adanya perbezaan lagi antara Tuhan, alam, dan manusia. Yakni Tuhan segalanya dan segalanya adalah Tuhan. Dunia adalah serupa dengan Tuhan atau dalam beberapa ungkapan, dunia adalah ekspresi diri-Nya secara alami. Jadi kesatuan dalam konsep manunggaling kawula Gusti boleh dikatakan tunggal, juga bukan tunggal, dikatakan dua juga bukan dua. Itulah percampuran Tuhan dengan hamba sejajar dengan konsep hulul dari al-Hallaj.
Dengan demikian, pengertian manunggaling kawula Gusti dalam konteks kejawen ada dua pemahaman. Pertama, pemahaman yang menyakini bahawa kesatuan yang dimaksud adalah kesatuan mutlak sehingga tidak ada perbezaan antara Tuhan dan hamba. Pemahaman ini lebih condong kepada pemahaman panteisme dan ini terlihat nyata pada pemahaman yang diyakini oleh Paguyuban Sumarah dan yang diungkapkan oleh Suwardi Endraswara. Kedua, kesatuan yang sememangnya menyakini bahawa Tuhan imanen dalam diri manusia dan mempunyai persamaan dengannya. Tetapi pemahaman ini masih membezakan antara Tuhan dan manusia. Pemahaman ini tercermin daripada pendefinisian yang dimaksudkan oleh Ranggawarsita, Siti Jenar, Zainul Milal Bizawie, dan Niels Mulder. Yakni Tuhan merupakan wujud mutlak (Ranggawarsita), manusia hanyalah bayangan Tuhan (Zainul Milal Bizawie), dan manusia ialah timbalan Tuhan (Niels Mulder Zainul).
Oleh itu pengertian yang terkandung dalam konsep manunggaling kawula Gusti adalah kesatuan yang masih membezakan antara hamba dengan Tuhannya dan bukan mengandungi erti kesatuan yang mutlak. Sesungguhnya manunggaling kawula Gusti merupakan sebuah ungkapan yang digunakan hanya sebagai perumpamaan tujuan manusia untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sedekat-dekatnya. Dengan erti lain manunggal (bersatu) dengan Tuhan hanyalah simbol kesempurnaan jiwa yang ingin dicapai oleh setiap manusia sehingga pada tahapan itu seakan-akan manusia dengan tahapan kesempurnaannya mampu ”menyamai” Tuhan. Sebab itulah konsep manunggaling kawula Gusti hanya diperumpamakan seperti curiga manjing rangka rangka manjing curiga yang boleh difahami bahawa segala sesuatu itu akan kembali kepada tempatnya semula dan hal ini boleh terjadi setelah ”sesuatu” itu memang sudah ”pantas” untuk kembali kepada ”tempat” tersebut.
Dengan pengertian ini sebenarnya manunggaling kawula Gusti tetap menganggap bahawa Zat Tuhan tetap difahami sebagai Zat yang transenden, iaitu Zat Tuhan adalah hakiki dan manusia hanya bersifat pantulan atau nisbi sahaja. Sebagaimana teori cermin bahawa sesuatu yang memantul atau yang memberi bayangan adalah sesuatu yang hakiki dan pantulan atan bayangan sesuatu yang hakiki tersebut hanya bersifat nisbi sahaja. Sesuatu yang nisbi tidaklah sama kualitinya dengan sesuatu yang hakiki. Sebagaimana juga dikatakan oleh salah seorang penganut faham manunggaling kawula Gusti, Ki Amongraga yang menyadari bahawa dia hanya hasil ciptaan dan antara kawula dan Gusti ada perbezaan, seperti antara debu (di tanah) dan awan, atau seperti antara bumi dan ruang angkasa.
Walaupun demikian sememangnya sangat susah untuk mendefinisikan manunggaling kawula Gusti secara tepat. Oleh itulah Simuh mengatakan bahawa memahami konsep manunggaling kawula Gusti sememangnya dikatakan mudah tetapi susah dan dikatakan susah tetapi mudah. Sebab manusia kalau dikatakan Tuhan bukan Tuhan, dikatakan bukan Tuhan kelihatan sama dengan Tuhan. Oleh itu konsep ini bersifat antropomorfisme. Yakni Tuhan digambarkan memiliki karakter dan sifat-sifat seperti manusia, dan sebaliknya manusia dilukiskan menyerupai Tuhan.

Comments
Post a Comment
TERIMAKASIH ANDA ANDA TELAH BUAT KOMENTAR DI SINI