Roh dan Cinta dalam Campuran
Kekuatan campurannya,
Menyatukan roh dan cinta,
Entah cinta atau nyawa,
Jadi zat atau sifatnya.
Menyatukan roh dan cinta,
Entah cinta atau nyawa,
Jadi zat atau sifatnya.
Album : Nyawa dan Cinta
Munsyid : Debu
Nyawa dan cinta menjelma,
Yakni kedua-duanya,
Di zaman dulu bersama,
Diciptakan oleh Allah.
Dengan cara sangat khusus,
Roh dan cinta dicampurkan,
Dan cinta yang memang halus,
Menghilang dalam campuran.
Kekuatan campurannya,
Menyatukan roh dan cinta,
Entah cinta atau nyawa,
Jadi zat atau sifatnya.
Mungkin cinta jadi zatnya,
Iaitu zat campurannya,
Mungkin roh jadi sifatnya,
Atau mungkin sebaliknya.
Natijah campuran itu,
Cinta dan roh berbicara,
Dan saling dengar begitu,
Bersama dipelihara.
Asal cinta api tapi,
Angin itu asal nyawa,
Angin menyalakan api,
Maka membakar anginnya
Entah ini, entah itu,
Saya tidak tahu, kawan,
Memang tidak tahu jitu,
Adalah keajaiban.
Lirik dicopy dari http://liriknasyid.com

Roh dan Cinta dalam campuran. Lirik daripada nasyid yang disenandungkan oleh kumpulan DEBU sarat dengan muatan filosofis metafisis yang lumrah digagas oleh kalangan sufi. iaitu berkaitan erat dengan proses penciptaan alam dan jagad raya. Bagi sebahagian besar kaum sufi, Tuhan menciptakan alam dan juga termasuklah manusia di dalamnya dilatari oleh sifat kasih dan sayang Allah. Allah cintakan Dhatnya. Apabila berlaku cinta Tuhan akan dhatnya tercetuslah makhluk ciptaannya.
Gagasan demikian mula-mula diasaskan iaitu pada pertengahan abad ke-2, iaitu oleh sosok sufi perempuan kontroversial. Ia mempunyai gagasan berbeza dengan kebanyakan ulama sufi pada masanya. Beliau bernama Rabī'ah al-'Adawiyyah, diperkirakan lahir pada tahun 95 H/713 M dan wafat 185 H/801 M. Rabī'ah mengajarkan tasawuf dalam konsep cinta ilahi atau al-hubb al-ilāhi. Ia termasuk orang pertama yang menyatakan doktrin cinta kepada Allah tanpa mengharap imbalan.
Meskipun terma “cinta ilahi” ada di dalam al-Qur'an, iaitu dalam surah al-Mā'idah, ayat 53, akan tetapi sebelum Rabīcah mewacanakannya, tidak ada satu pun dari kalangan sufi yang mendedahkan konsep cinta ilahi sebagai sebuah ajaran. Konsep ini nampak anih dan ekstrim kerana sebelumnya, Hasan al-Basri telah mewacanakan konsep zuhd (asketis) dengan motivasi takut kepada siksa Neraka dan sangat mengharap imbalan berupa Surga.
Cinta Rabīcah membawannya fanā’ kepada Allah, hidup dan matinya hanya untuk berkhidmad kepada Allah dan berpaling daripada berkhidmad kepada selain-Nya. Perkhidmatan cinta kepada Allah diamalkan Rabī'ah secara tulus dan ikhlas hingga tidak ada lagi dalam jiwanya perasaan marah atau benci meskipun terhadap syaitan. Dengan cinta suci ini, Rabīcah berusaha mengalihkan hala tuju matlamat hidup bertasawuf daripada takut Neraka dan mengharap Surga, menjadi hidup untuk mendapat ridha Allah, dan dapat bersemuka secara langsung melihat keindahan wajah Allah. Bahkan apabila mungkin bersatu dengan Allah.
Sungguhpun konsep al-mahabbah al-ilāhiyah yang digagas oleh Rabīcah begitu tinggi, iaitu mencari ridha Tuhan semata-mata, bahkan macrifah dan fanā' billāh, namun beliau tidak menyatakan secara tegas adanya peranan roh dan cinta di dalamnya. Walau begitu, apabila dikait-kaitkan, konsep cintanya boleh dikata sejalan dengan surah al-Anbiyā' [21]: 107 yang ertinya: "Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) "rahmat" sekalian alam". "Rahmat" adalah bentuk lain daripada sikap cinta kasih yang menjadi missi kerasulan Muhammad s.a.w.. Boleh jadi, gagasan cinta Rabīcah adalah kesan lebih luas daripada penafsiran yang cerdik tentang Nūr Muhammad, iaitu hakikat Nabi Muhammad sebagai "rahmat" bagi seluruh alam. Tambahan pula, rahmat, seperti dalam ayat 107 surah al-Anbiyā', menurut al-Qashani adalah mażhar Allah s.w.t., iaitu suatu limpahan bagi nama Tuhan al-Rahmān yang masih bersifat umum atau al-kull. Malahan menurutnya yang pertama melimpah daripada nama al-Rahmān ialah al-wujūd.
Surah al-Anbiyā' [21]: 107, wa mā arsalnāka illā rahmatan lil cālamīn, selari dengan mafhūm hadis Lawlāka lamā khalqtu al-aflāk, "Jikalau tanpa engkau (Muhammad) tidak Aku ciptakan cakrawala". Perkaitan antara ayat rahmat dengan hadis lawlāka ini, telah dibincangkan oleh Ibn cArabi . Rahmat yang dikemukakan oleh Ibnu Arabiyy tidak merujuk kepada maksud belas kasihan Tuhan kepada hamba-Nya dan juga tidak bermaksud keampunan Tuhan kepada hamba-Nya yang melakukan penderhakaan dan kemaksiatan kepada-Nya, tapi rahmat adalah merupakan suatu nikmat yang paling sempurna dan lengkap yang disempurnakan oleh Allah s.w.t., iaitu nikmat kewujudan dengan segala rahsia-rahsia-Nya, dalam konteks permulaan kejadian alam dan kewujudannya. "Rahmat" cinta adalah satu aspek daripada Nūr Muhammad kerana ia berkaitan dengan persoalan wujud yang dilihat dari konteks metafizik dan bukannya dari sudut fizikal yang bersifat emparikal.

Comments
Post a Comment
TERIMAKASIH ANDA ANDA TELAH BUAT KOMENTAR DI SINI